Seringkali
membaca info dari internet, penyakit kanser dikaitkan dengan stress. Saya setuju
dengan kenyataan ini. Ya, dulu memang saya seorang yang cepat stress dengan
persekitaran. Sehinggakan anak sulung meberikan kad istimewa untuk emaknya,
senyum itu satu sedekah. Ish2, adakah saya terlampau serius bekerja sehinggakan
tidak senyum?
Dulu saya
merupakan seorang penjual beroperasi daripada rumah. Ya, menggunakan internet,
semuanya kelihatan mudah. Alhamdulillah, pendapatan bulanan juga boleh tahan.
Berjumlah 4 angka yang besar. Alhamdulillah atas rezeki Allah berikan. Namun
begitu, saya terlupa tentang kesihatan diri sendiri. Seringkali terkejar-kejar
dengan order yang tidak putus-putus masuk. Terkejar-kejar pula untuk mengambil
anak balik sekolah pada waktu tengahari dan petang. Pada waktu itu, saya tidak
merasa sakit. Hanya kadangkala kepenatan yang rasanya normal seperti ibu lain
juga. Jadi saya merasakan semuanya normal sahaja. Bertahun-tahun keadaan
begini. Sejak 2005 di Pasir Gudang sehinggalah berpindah ke Bangi beberapa
tahun lepas.
Kuasa tuhan
mengatasi segalanya. Akhir tahun 2013 saya mengalami sawan ketika di dalam
kereta. Mujurlah suami yang memandu ketika itu. Dipendekkan cerita, saya
didiagnos sebagai pesakit kanser otak tahap 2 dan kemudian dibedah pada
November 2014. Sehingga sekarang masih belum dibenarkan memandu lagi atas
alasan sawan.
Saya
tertanya-tanya sendiri, kenapa saya boleh terkena penyakit yang ditakuti ramai
ini? Adakah kerana faktor pemakanan? Mungkin juga, kerana dulu saya sangat suka
makan daging lembu. Daging lembu adalah sangat berasid yang membolehkan
berlakunya pertumbuhan kanser.
Saya berfikir
lagi. Saya ketemui jawapannya, iaitu faktor stress. Lalu saya terkenangkan
kisah lalu, betapa saya sering memarahi anak-anak ketika sedang sibuk
menguruskan perniagaan. Kadang-kadang bukan marah apa sangat pun. Cuma kita
rasa sedikit terganggu apabila anak-anak kerap inginkan perhatian apabila kita
sedang sibuk mempromosi barang jualan. Jadi
ingat ya ibu-ibu sekalian. Anak-anak adalah anugerah Allah yang berharga. Usah
dimarahi mereka kerana yang akan rugi adalah diri kita juga. Apabila kita marah
(baca = stress), diri kita akan mudah terkena penyakit-penyakit kronik seperti
kanser. Harus diingat, penyakit kanser biasanya hanya boleh dikesan pada tahap
akhir dan biasanya sudah tidak mempunyai masa yang lama. Cuma saya antara yang
beruntung, kerana tahu pada tahap dua dan boleh berubat. Terima kasih pada
sawan walaupun ia menyakitkan. Terima kasih Allah kerana memberikan sesuatu
yang kena pada tempatnya, walaupun pada hakikatnya kita tak menyukainya.
Sekarang ini pun
saya masih juga mengalami sedikit stress. Menurut doktor, tumor saya berada di
bahagian emosi. Jadi kebiasaannya memang emosi akan mudah terganggu. Betul lah
tu. Stress menyebabkan kanser. Kanser ini pula menyebabkan stress. Saling
bersangkut-paut. Jadi, jangan marah saya ya jika sesekali emosi kurang stabil
sedikit. Dah ada kecacatan sedikit di bahagian emosi. Jangan terasa hati juga.
Kadang-kadang saya lupa.
Namun begitu,
saya perlu berusaha sebaik mungkin untuk tidak lagi stress. Jika saya stress,
sel kanser ini akan terus membesar. Itu apa yang saya faham. Apa yang saya
perlu lakukan ialah menolak jauh-jauh stress dalam hidup ini. Banyakkan bergelak
ketawa. Banyakkan senyum. Banyakkan bersyukur dengan apa yang ada. Banyakkan
melakukan apa yang saya suka seperti membaca. Banyakkan memberi kepada yang
memerlukan.
Ada juga tip
yang saya peroleh hari internet, cuba senyum semanis mungkin selama 10 saat.
Anda akan rasakan sedikit stress di dalam badan akan hilang begitu sahaja.
Cubalah. Saya telah cuba dan saya nikmatinya.
Stress juga
disebabkan badan terlampau penat dengan tugas-tugas harian. Sekarang saya kembali
mengamalkan makanan tambahan untuk memulihkan kembali sel-sel badan saya supaya
kembali normal. Sel kanser adalah sel yang rosak. Alhamdulillah setelah
mengamalkan selama beberapa bulan, badan saya rasa kembali bertenaga. Saya juga
sembuh dengan cepat selepas pembedahan. Bagi saya, pada saat ini, kesihatan
yang paling penting. Biarpun ekonomi keluarga agak tergugat selepas saya tidak
menjalankan perniagaan lagi, namun saya redha. Rezeki Allah itu luas, ada di
mana-mana. Biarlah wang keluar banyak untuk pelbagai jenis makanan antikanser yang
perlu saya makan setiap hari. Saya yakin rezeki Allah itu ada di mana-mana.
Sekarang ini pun saya masih juga mengalami sedikit stress. Menurut doktor, tumor saya berada di bahagian emosi. Jadi kebiasaannya memang emosi akan mudah terganggu. Betul lah tu. Stress menyebabkan kanser. Kanser ini pula menyebabkan stress. Saling bersangkut-paut. Jadi, jangan marah saya ya jika sesekali emosi kurang stabil sedikit. Dah ada kecacatan sedikit di bahagian emosi. Jangan terasa hati juga. Kadang-kadang saya lupa. http://lendirporn.com
ReplyDelete